PULAU CINTA
“wei bestnya dapat bercuti kat Pulau Tioman.Yang syoknya dapat pergi dengan korang.Best ar..”
Mila tersenyum dengan gelagak Rya yang nampak teruja dengan cadangan cikgu Zai.
"Eh korang,jom pergi shopping hujung minggu ni?? Beli barang untuk percutian kita ni.Macam mana,okay tak??" Syiqa memberi cadangan kepada kawan-kawannya.Bukan Rya sahaja yang teruja tapi dia pun naik teruja bila sebut je Pulau Tioman!
"Aa'aa..best jugak! Aku on je." Anis memberi persetujuan dan diikuti kawan-kawannya yang lain.
DALAM BAS, PERJALANAN KE PELABUHAN.
"Eh Syiqa,kau bawa camera tak??" Rya memandang Syiqa yang sedang membetulkan tudungnya.
Syiqa mengangguk sambil memerhatikan wajahnya didalam cermin yang diletakkan dibelakang kerusi hadapan.
"Kenapa,kau tak bawa ke?" Tanya Anis yang terdengar pertanyaan Rya itu.Rya memusingkan kepalanya kebelakang dan mengintai dari celah kerusi untuk melihat Anis.Dia tersenggih bila Mila yang mengeleng-gelengkan melihat gelagaknya itu.
"Kau tak bawa ke Rya?" Tanya Anis kembali apabila pertanyaannya sebentar tadi masih tidak dijawab.
"Ha'aa.Aku lupa lah wei.Kau bawak tak ,Nis?" Anis mengangguk.
"Aku bawak.Aku tak macam kau! Pelupa,nyanyuk.." Jawab Mila bila Rya berpaling kearahnya pula.Dia tersenyum bila Rya berdehem kuat.
"Amboi,senangnya hati mengata kita.Jiwa dalam selamat,ke??" Mila tersenggih bila Rya membuat muka tidak puas hati.
"Aik marah nampak?" Tanya Mila.Sengaja ingin mengusik temannya itu.
"Eh tak adalah you.I tak marah pun.I suka lagi!" Jawab Rya perlahan sambil senyum yang menahan geram.Mila yang mendengar tersenyum lebar dan Anis ketawa kecil.Begitu juga dengan Syiqa.
"Eh Rya,cikgu Zai kata apa tadi? Aku lupalah.Dia suruh kita tunggu kat mana,ya??" Sampuk Shah yang duduk disebelah kanannya dengan Aidil.Rya berpaling kearah Shah.
"Dia tak ada cakap pun kena tunggu dekat mana pun.Dia cakap,bila dah sampai ke pelabuhan,pergi jumpa dengan encik Kamal yang akan bawa kita naik bot untuk kepulau Tioman.Sampai dekat sana,kita kena jumpa dengan Puan Lisa untuk chalet yang kita nak duduk.And last sekali, pandai-pandailah korang nak jaga diri masing-masing.Huuh..Habis nafas aku!" Rya menarik nafas panjang.
"Wei Shah,nasib baik kawan aku ni tak mati semput kat sini kes nak jelaskan pada kau apa yang baru cikgu Zai kata kat kau sebentar tadi." Sampuk Mila sambil melihat wajah Shah yang berkerut dahi.Aidil disebelah Shah tersenggih.
"Aa'ah.Apalah kau ni Shah.Memang nyanyuk betul! Takkan dah tak ingat kot apa yang cikgu Zai kata kat korang tadi?" Sampuk Anis pula.Syiqa hanya mendiamkan diri.Itu memang sikapnya sejak azali lagi.Tidak suka menyampuk cakap orang dan lebih suka mendengar.
"Cheh..cakap sikit macam tu pun nak semput dah.Apa punya orang entah!" Shah jeling tajam ke arah Rya.Rya melihat membuntang mata dengan jelingan Shah terhadapnya itu!
"Wei,kenapa kau asyik cari gaduh dengan aku,hah??" Rya membalas jelingan Shah.Sabarnya sudah hilang entah kemana.'Aaahh tak ada maknanya aku nak bersabar dengan budak sengal tu sorang.' Hati Rya berbisik geram.
"Bila masa pula aku cari gaduh dengan kau,hah? Kau jangan nak perasanlah wei.Buang masa aku je cari gaduh dengan kau.Tak ada faedah,faham?!" Balas Shah berbisa.Mila dan yang lain hanya menunggu balasan dari Rya.Mereka dah nak mula bergaduh dah..Ketua dengan penolong sama saja! Keras kepala,degil!
"Wei,habis kau ingat masa aku tak terbuang kalau bercakap dengan kau,hah? Masa aku bukan untuk bercakap dan bergaduh dengan kaulah.Kau tu bukannya nak ucapkan terima kasih dekat aku sebab jelaskan pada kau apa yang cikgu Zai kata tadi.Tapi boleh pula kau buat aku sakit hati,ya?? Apa punya manusia,tau!" Kali ini Rya membalasnya agak kuat.Hatinya mula panas dengan kata-kata Shah tadi.
"Hah molek benarlah tu,sorang 'apa punya orang entah'dan sorang lagi 'apa punya manusia tau'.Dua-dua senggal.." Bisik Aidil perlahan.Dia tersenggih bila Shah memandangnya tajam.Kemudian Shah memandang Rya semula.
"Kalau kau dah tau masa kau terbuang bercakap dengan aku,berentilah wei cakap dengan aku.Rimaslah aku dengan kau ni.Memang tak betul sungguh.." Shah membalasnya sinis.Rya yang mendnegra menyumpah ketuanya itu didalam hati.Dia melihat Aidil tersenyum.Geram hatinya pada Shah terkena pada orang lain bila dia memandang tajam Aidil.Senyuman Aidil mati melihat pandangan yang tajam yang diberikan oleh Rya.
"Oi oi..orang depan jangan nak bergaduhlah wei.Kita nak pergi bercuti.Yang korang pergi berdebat kat depan tu buat apa??" Sampuk Aizi dibelakang yang turut mendengar pergaduhan antara Rya dan Shah.Bukan dia sahaja yang mendengar tetapi semua yang berada didalam bas itu turut mendengarnya.
"Iyalah korang ni.Dahlah,jangan nak bergaduh boleh tak?? Aku siku dua-dua kan baru tau!" Aren bangun dah mengangkat sikunya kearah Rya dan Shah.Yang lain tersenggih melihat tingkah Aren itu.
"Rya,sudahlah tu.." Syiqa memegang lengan Rya.Rya menarik nafas panjang kemudian memandang Shah.Shah mengangkat kening tanda 'kenapa'.Rya menyebut 'sorry' dengan hanya mengerakkan mulut tanpa suara.Shah mengangguk lantas Rya duduk kembali .Syiqa senyum memandang Rya.
"Kau okay?"
"Aku okay.." Rya mengangguk.Syiqa tersenyum lagi.
"Senangnya dalam hati kalau beristeri dua..nanana..nanana.." Aren menyanyi sambil menganggukkan kepalanya.
"Woi,senang nampak hati? Siap nyanyi lagu 'beristeri-isteri' lagi!" Sampuk Falia yang sudah ketawa kecil melihat gelagak Aren itu.Yang lain ketawa.
"Yo! Yo! Salah ke aku nyanyi lagu happy? Boleh aku hilangkan boring korang dalam bas ni." Balas Aren selambanya.
"Pak cik driver,pasang lagu satu!" Teriank Roy kepada pemandu bas.Seketika kemudian kedengaran lagu 'Cari Jodoh' dari Wali bang kedengaran dari corong radio.
"Eh biarlah aku yang menyanyi.Tak perlu nak pasang radio.."
"Tak payah,Ren.Aku rela dengar radio daripada dengar kau menyanyi yang boleh buat tahi telinga aku pindah ketempat lain." Sampuk Amy.Kedengaran yang lain ketawa.
"Apalah korang ni.Nak tolong pun tak boleh.."Aren duduk sambil merungut perlahan.'Ren..suara kau boleh buat orang keresahan je lah.Kalau ayam dengar pun segan' bisik Asri dalam hati.Dia tersenggih.
DI PELABUHAN
"Aaaahh..sakitnya belakang aku duduk dalam bas satu hari.." Rungut Anis sambil membetul-betulkan badannya."Iyalah wei..badan aku rasa nak patah-patah dah ni." Sokong Rya.Syiqa dan Mila mengiakannya.
"Rya!" Rya berpaling kearah Shah yang mendekati mereka.Rya mengangkat kepalanya.
"What's up?"
"Jom! Teman aku pergi jumpa encik Kamal.Gila aku nak pergi sorang.Kau penolong, jadi kena ikut aku.." Ajak Shah sambil membetulkan beg galasnya.
"Alaa kau ajaklah Aidil.Sesiapa sajalah! Apasal aku pulak??" Rya mula menunjukkan wajah tidak puas hatinya.
"Aidil taknak teman akulah.Dia cakap dia sakit belakang.Yang lain pun sama.Lagipun kau tu penolong.Takkan kau nak lepas tangan pulak!" Balas Shah.Rya mengaru-garukan kepalanya yang tidak terasa gatal.Mila,Anis dan Syiqa membiarkan mereka berdua.Mereka menepuk belakang masing-masing.
"Tapi aku letihlah wei.." Alasannya lagi.
"Dah tu kau ingat aku tak letih lah? Tak sakit belakang,hah??" Shah mula naik panas dengan sikap Rya itu.
"Eeerrghh bencinya! Yelah-yelah.." Balas Rya geram.Shah tersenyum sinis.
"Kalau kau setuju awal-awal kan senang.Dah,jom!" Shah mula melangkah.
"Eh korang,jaga beg aku jap eh?" Rya berkata kepada tiga kawannya itu.
"Yelah.." Jawab Mila.Rya berlari mengejar Shah yang laju berjalan dihadapannya.
"Hish,tak boleh ke kalau tunggu aku.." Rungut Rya geram.
"Adoi..!!" Rya jatuh terduduk apabila berlanggar dengan seseorang.Dia melihat tangannya yang terluka.'Uissh aku terlanggar orang ke jin,hah? Apa punya badan entah.' Bisik hati Rya.Dia mengetapkan giginya.
"Are you blind? So stupid girl,huh! Idiot.."
Rya terkejut mendengar kata-kata dari orang yang berlanggar dengannya.'Idiot?? Dia panggil aku idiot?!' Rya segera bangun.Tangannya terasa pedih tetapi hatinya lagi pedih.Dia memandang tajam lelaki dihadapannya itu.
"Idiot?! Wahh manisnya bahasa saudara? Jangan sesedap mulut je nak panggil orang idiot.Saudara tu yang stupid!!" Rya membalasnya geram.Dia berkerut.'Lelaki depan aku ni faham ke apa yang aku cakap? Nampak macam orang luar je.Macam..orang korea..' bisik hati Rya.
"Kau siapa nak kata aku stupid?" Balas lelaki itu..'Ooo faham bahasa aku,eh..' Rya tersenyum sinis
"Aku!" Balas Rya berani dengan lagi tidak sopannya.Rya melihat wajah lelaki dihadapannya itu merah.'Aik bang,marah nampak..?' bisik Rya dalam hati.
"Kei.." Lelaki memakai cap merah disebelah memegang bahu lelaki yang berkurang ajar denganku.Dia mengelengkan kepala.
"She is just a litle girl,bro.Emm are you okay,girl??" Rya mengalihkan pandangannya kepada lelaki disebelah orang yang berlanggar dengannya itu.'Emm that guy baik' puji Rya.
"Girl??" Panggil lelaki memakai cap itu.Rya tersentak.
"Err ya.I'm okay but your friend is not okay right now!" Balas Rya.
"Err.." Lelaki itu terkedu manakala lelaki yang aku katakan 'tak okay' tu memandanganku dengan lebih tajam.
"Wei Rya,kenapa ni??"
Rya memandang Shah yang berjalan kearah mereka.Shah berkerut melihat Rya yang bersama dengan beberapa lelaki luar.Dia mengangkat kening kearah Rya.
"Let's go!" Rya berpaling melihat lelaki yang berlanggar dengannya itu mula melangkah pergi dari situ.Lelaki yang memakai cap merah itu memberi senyuman kepada Rya dan Shah sebelum mengingkuti lelaki itu dan kawan-kawannya.
"Stupid! Dah lah tak minta maaf.Blah macam tu aje..Kurang ajar!" Rya sengaja menguatkan suaranya.Hatinya memang sudah pedih dan geram dengan lelaki yang berlanggar dengannya.Rya menjeling.Lelaki itu berhenti melangkah lantas berpaling kearah Rya.Pandangan yang tajam dilemparkan kepada Rya dan kemudian menyambung kembali langkahnya.Rya merengus kuat.
"Kei,kau okay macam ni? Tak pergi minta maaf dengan girl tu??" Eric memandang muka sahabatnya yang kelihatan bengang.Dia membetulkah cap dikepala.
"Kita kena pergi dari sini.Masih ada hal penting yang kena kita lakukan." Balas Kei dalam loghat korea.Akhirnya Eric mengangguk dan terus berjalan menuju ke bot yang disediakan untuk mereka.
DI PULAU TIOMAN
"Waahh..cantiknya!" Rya memandang kiri dan kanan.Pemandangan di Pulau Tioman memang cantik seperti yang diperkatakan orang ramai.Dia memandang Mila,Anis dan Syiqa.Kemudian mereka ketawa serentak.
"Eh,satu chalet enam orang,kan??" Tanya Mila.
"Alaa siapa pulak yang bagi idea sampai enam orang satu chalet ni??" Rungut Anis.
"Cikgu Zai.Dia kata nak jimat sikit.Kau ingat kita ni kaya-raya ke??" Jawab Syiqa.Rya dan Mila mengangguk.
"Terpaksalah wei.." Sambung Mila.Anis mengangguk.Mereka berempat terdiam memikirkan dua orang lagi yang mereka perlu cari.
"Haa..kita ajak Nisa dengan Ekin.Okay tak??" Anis memberi cadangan.Mila tersenyum.Masalah pertama selesai!
"Dah jumpa dah chalet kita.Jadi inilah tempat kita berteduh.." Anis menunjukkan bilik yang menjadi tempat rehat mereka.Mereka tersenyum kerana akhirnya dapat merehatkan diri.
Rya menghempaskan badannya diatas katil.Syiqa pula me;etakkan begnya ditepi katil dan memerhatikan kawasan chalet itu.Mereka melakukan perkara masing-masing.Seketika kemudian Mila mengerutkan dahinya.Dia teringat sesuatu lalu memandang Rya yang sudah terlentang diatas katil.
"Eh Rya,Shah kata kau ada berlanggar dengan someone tadi sampai kau naik bengang.Betul ke??" Tanya Mila sehingga membuatkan Rya membuka matanya kembali.
"Emm.." Pendek sahaja jawapannya.Dia sebenarnya malas ingin bercakap mengenai peristiwa itu.Menyakitkan hati adalah.Yang si Shah ni pulak,hal-hal macam tu pun dia nak bagitahu kat orang.Sengal betullah..
"Macam mana kau dengan orang tu boleh berlanggar hah? Kau guna mata tak semasa berjalan or dia tu yang buta??" Tanya Anis pula.Dia pun hampir terlupa tentang itu.Nasib baik Mila tanya.Anis tersenggih bila Rya menjelingnya tajam.
"Macam itulah.." Jawab Rya malas.
"'Macam itu' macam mana??" Anis tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh kawannya itu.Dia ingin mengetahui total tentang itu.
"Alaa cik Senah ni.Buat apalah kau nak tahu.Hal tu bukannya menarik pun.Lagipun aku malaslah nak ingat.Buat menyakitkan hati aku je,tahu tak??" Rya bangun dan duduk bersila di atas katil.Dia memuncung.
"Alaa kau cerita sikit je.Please Rya.." Pujuk Mila.Syiqa tersenyum.Mereka berlima menghampiri Rya yang bersila diatas katil.Dengan segala usaha yang dilakukan untuk memujuk Rya menceritakan semua itu telah membuahkan hasil akhirnya..
"Korang ni.."
"Please.." Anis mengedip-gedipkan matanya.
"Yelah-yelah.Mula-mula macam ni.Aku berjalanlah kan,biasalah dengan gaya aku yang tersendiri.Lemah-lembut,sopan,jaga langkah aku dengan baik.."
Anis dan yang lain buat muka menyampah.Macamlah diorang tak tahu cara Rya berjalan.Asyik nak cepat je.Lemah lembut sangatlah tu..
Rya tersenyum kemudian ketawa." Yelah-yelah.Aku serius dah lepas ni.." Rya berkata sambil tersenggih seperti donut busuk selepas melihat wajah masam teman-temannya.
"Aku jalan lepas tu ada satu lorong,aku dengan orang tu belanggarlah.Aku jatuh terduduk,korang tau? Badan dia..ya Allah,macam aku belanggar dengan anak jin!" Cerita Rya bersungguh-sungguh.
"Dia besar ke maksud kau?" Tanya Anis lalu Rya mengangguk.
"Maksud kau gemuk??" Tanya Fasha pula.Rya mengerutkan dahinya kemudian mengelengkan kepalanya.
"Habis tu??" Tanya Syiqa blur.
"Dia ni..badan dia sasalah.Lelaki kan? Takkan kau tak tahu.."Jelas Rya sambil menunjukkan gaya badan lelaki bertubuh sasa lagi!
"Ooww lepas tu??" Tanya Mila tidak sabar ingin mengetahui kisah seterusnya.
"Hah lepas tu ada ke patut dia cakap aku ni idiot?? Tak ke kurang ajar tu??" Sambung Rya dengan muka yang tidak puas hati.Syiqa mengangguk mengiakannya.
"Lepas tu apa kau buat??" Tanya Mila.Rasanya tak perlu kot dia tanya sebab rasaanya diorang dapat agak tindakkan Rya seterusnya."
"Apa yang kita nak buat sekarang??" Rya terus mengingkuti Kei didepannya.Sesekali dia memandang Kei sambil memuncung geram.Pertanyaannya dari tadi langsung tak berjawab.Hatinya memang terasa panas dengan sikap lelaki itu.Macam bercakap dengan pokok-pokok je.
"Wei..!!" Tempiknya.Dia berhenti melangkah lalu memandang Kei dengan geram.
"Apa pulak budak sorang ni.Memang menyusahkan betullah!" Rungut Kei perlahan.Dia berhenti melangkah lalu memandang Rya dibelakang.
"Kenapa?"
"Dari tadi orang tanya awak.."
"Tanya apa??" Balas Kei malas.Dia memang tidak selesa dengan gadis dihadapannya sekarang.Kenapa dia ni lain dari gadis yang dia jumpa??
"Eisssh awak ni pekak ke apa??" Jawab Rya geram.Dia mengigit bibir.Macam manalah aku boleh jatuh hati kat lelaki ni pulak??
"Bo??"
"Ha??" Rya melongo dengan reaksi Kei itu.Takkan dia tak faham kot..
"Kau kata apa tadi??" Tanya Kei dengan dahi yang berkerut.Rya membuntang dengan pertanyaan Kei itu.Dia menepuk dahinya kuat.
"Aduh!" Rya mengaduh sambil menggosok dahinya.Dahi Kei semakin berkerut.
"Kau kata apa tadi??"
"Err..awak memang tak faham ke apa yang orang cakap tadi??" Tanya Rya sambil mendekati Kei.
"Kau kata apa??"
"Orang cakap yang awak ni PEKAK ke??" Ulang Rya sambil menguatkan perkataan 'pekak'.
"Apa tu?" Tanya Kei bingun.
"Ayoyo..deaf,understand??" Jelas Rya kuat.
"Deaf??"
"Ha'ah.." Rya tersenggih bila Kei memandangnya tajam.
"Err..Awak!" Panggil Rya bila Kei melangkah pergi dari situ.Dia berlari kecil mengikuti Kei.
"Awak memang tak faham ek tadi??" Tanya Rya nakal.Dia tersenggih memandang Kei yang menjeling ke arahnya.
"Awak,cakaplah dengan orang.." Pujuk Rya bila Kei tetap mendiamkan diri.
"Kau ni kenapa? Biasanya taklah banyak cakap macam sekarang.." Marah Kei.Rya memuncung.
"Awak ni,kalau nak marah-marah,nak perli,boleh pula cakap lancar.Tapi kalau hal yang remeh-temeh macam tadi,tak faham pulak!" Ejek Rya.Dia berjalan mendahului Kei bagi melepaskan rasa tidak puas hatinya.
"Malas aku layan kau.." Balas Kei.Dia menarik lengan Rya bila Rya menuju kekanan.
"Kenapa??"
"Salah jalan tu.Kalau sesat,pergilah.." Jelas Kei.Rya mengangguk walaupun cara percakapan Kei agak pelik dan 'salah bahasa'.Itulah padahnya kalau asyik guna bahasa luar!
"Kei.." Panggil Rya.Kei hanya mendiamkan diri.
"Awak memang macam ni ke??" Tanya Rya.Dia menarik nafas panjang dengan sikap dingin Kei itu.
"Emm mesti tak ada seorang perempuan yang minat dan suka kat awak,kan? Tapi kenapalah orang boleh jadi suka kat awak dan jatuh cinta pulak!" Rya merenung wajah Kei yang seperti 'batu' itu.Tiada reaksi langsung!
"Awak faham tak ni,Kei??" Tanya Rya geram.Dia memegang lengan Kei supaya memberhentikan langkah.Kei mengeluh kuat.
"Boleh diam tak??!" Jerkah Kei kuat.Rya tersentak kecil dengan jerkahan Kei itu.Dia
mengetap bibir.
"Kita sekarang bukannya sedang holiday! Kalau tersalah langkah,nyawa kita yang hilang.Jadi,tolong diam.Jangan kacau aku!" Marah Kei.Mukanya sudah pun merah menahan marah.Rya buat muka senyoyong walaupun pada mulanya dia terkejut dan terasa hati dengan bicara Kei.
"Err.."
"Sudah! Kau tak payah nak cakap apa lagi.Telinga aku sakit dengar suara kau dan mata aku ni dah naik muak tengok muka kau,tahu tak?? Jadi,jangan harap aku nak suka dan jatuh cinta kat kau.Mulai saat ni,kau buang apa yang kau rasa kat aku,understand?? Kau ni..kau bukan taste aku.You're not my taste! Listen to me carefully,NOT MY TASTE!" Sambung Kei.Dia memandang tajam Rya.Dia tergaman bila matanya menangkap air mata yang mengalir dipipi Rya.
"Maafkan orang.." Rya menundukkan wajahnya sambil mengesat air mata.Kali ini,hatinya benar-benar terasa dan sakit dengan bicara Kei sebentar tadi.
"Huhh.." Kei mendengus kuat kemudian menyambung perjalanan.Dia memegang dadanya yang terasa ngilu.Sedikit sebanyak dia sendiri terasa benci dengan kata-katanya tadi.'Kenapa aku boleh bertindak sampai macam tu? Oh my God,mesti budak ni benci dengan aku.Apa yang aku buat ni??' bisik hati Kei.Dia memandang sekilas kearah belakang untuk memastikan Rya mengikutinya.Dia lega bila Rya berada dibelakang yang menunduk.Dia mengeluh.Maafkan aku..
"Janganlah kacau saya.."
Syiqa berlari anak mengingkuti Anis dan Ekin yang sudah pun berada didepan.Dia melihat Carl dibelakang yang tersenggih memandangnya.Dia mengetap bibir lalu mengalihkan pandangan kearah lain.
"Kenapa ni Syiqa??" Tanya Anis pelik bila Syiqa memegang lengannya.Syiqa mengeleng kepala perlahan.
"Tak ada apalah.."
"Erm mesti sebab orang belakang,kan??" Ekin mencuit bahu Syiqa.Anis mengalihkan pandangannya kearah belakang.Dia melihat Carl yang sedang tersenggih memandang kearah mereka.
"Awak kacau kawan saya,ke? Bukan ke saya dah cakap jangan ganggu dia dan usik dia.Awak ni keras kepala betullah!" Anis memandang Carl tajam yang tersenyum simpul mendengar omelan Anis itu.Eric dan Akidd yang berada dihadapan mereka berhenti berjalan.Mereka memandang kearah Anis kemudian Carl yang berada dibahagian belakang sekali.
"What's up?" Tanya Akidd sambil mendekati Carl.
"Awak tanyalah kawan awak yang tak faham bahasa tu.." Balas Anis.
"Bahasa apa yang kau tak faham,bro??" Tanya Akidd blur.Carl ketawa kecil manakala Eric menepuk dahi.
"Apa punya oranglah dia ni.." Ekin mengeleng memandang Akidd yang sudah pun berkerut dahi.
"Apa ni? Aku still tak fahamlah." Akidd memandang Anis.
"Ahahaha..tak ada apalah,Kidd." Sampuk Carl sambil memegang bahu Akidd.
"Khairil Aiman,awak jangan ganggu Syiqa lagi.Dia tak suka.Ni warning terakhir dari saya.So,jangan buat-buat tak tahu pulak nanti." Anis memandang Carl serius.
"Awak ni garanglah.Macam awak pula ibu si Syiqa ni.." Sampuk Eric.Dia memandang Anis sinis.
"Eh yang awak jadi penyibuk ni,apehal?? Ikut saya punya hatilah nak jadi ibu dia ke,nenek dia ke.Bukan menyusahkan awak pun." Anis membalasnya garang.Syiqa dan Ekin memandang satu sama lain.
"Awak cakap saya ni penyibuk?? Huh,awak pun bukan ke sama je.Penyibuk! Yang awak nak masuk campur hal Carl dengan Syiqa tu,bukan penyibuk ke orang panggil? Atau orang sini panggil,pengacau or busybody?? Awak cakap je banyak tapi..huh!" Eric memandang Anis tajam.Mereka saling berpandangan satu sama lain dengan pandangan yang tajam.
"Err..sudahlah tu.." Syiqa cuba menenangkan kembali kehangatan yang mula dirasai diantara Anis dan Eric.Dia memegang lengan Anis dan menggoncangnya perlahan.Cuba memujuk.
"Kei.." Panggil Rya perlahan.Kei buat tidak tahu dan meneruskan langkahnya.Melihat Kei tidak menghiraukan panggilannya itu,dia berlari anak mendekati Kei lalu memegang sedikit baju Kei untuk menghalang Kei dari meneruskan perjalanan.
"Kau ni kenapa??" Kei memandang Rya tajam.
"Kaki.."
"Kenapa dengan kaki??" Tanya Kei kasar.Rya menunduk.
"Kaki..saya sakit.." Jawab Rya perlahan.Dia mengesat air matanya yang sudah pun mengalir laju dipipi.Kakinya benar-benar sakit tetapi hatinya lagi sakit dan pedih dengan sikap Kei.
"Ha?" Kei memandang kaki Rya.Dia terkejut melihat kaki kanan Rya yang dipenuhi dengan darah.
"Mengapa ni??" Kei mendekati Rya kemundian memegang kaki kanan Rya.Dia menyelak sedikit kaki seluar jeans yang dipakai Rya.
"Kenapa boleh jadi macam ni?? Kau kena apa??" Tanya Kei cemas.Dia menyuruh Rya duduk.
"Saya..err saya terkena kayu.."
"Sampai macam ni??!" Kei melihat luka kaki kanan Rya yang teruk sehinggakan dia yang tengok pun gerun.Kalau diukur,sejengkal lebih panjang luka tersebut dan memang dalam lukanya.
"Sejak bila lagi kau kena?" Kei memandang wajah Rya yang sudah pun merah akibat...menangis..
"Tadi.."
"Tadi tu bila??!"
"Hampir lima belas minit tadi.Awak janganlah jerkah saya.." Jawab Rya perlahan.Dia menunduk kepala sambil menangis perlahan.
"Dah hampir lima belas minit baru sekarang kau nak beritahu aku??!" Kali ini Kei menjerkahnya dengan lebih kuat.Bukan kerana marah tetapi dia kesal dengan apa yang berlaku.Hatinya terasa sakit apa yang berlaku terhadap gadis dihadapannya sekarang.Kenapa??
"Saya takut..kaki saya sakit.Awak janganlah jerkah saya lagi.Tolonglah jangan jerkah saya lagi.." Rya menutup mukanya.Kei diam lalu bangun.
"Kau tunggu sini dan jangan nak pergi mana-mana.Aku nak cari something untuk ubatkan luka kau itu." Kata Kei perlahan.Dia beredar dari situ sebelum sempat Rya membalasnya.Rya menunduk kemudian mengeluh perlahan.Kenapa dia mesti dingin denganku..??
Ulasan
Catat Ulasan