PELANGI CINTA BUAT SUAMI

BAB 3

     Kepala terjenguk-jenguk di muka pintu yang terbuka luas.Liar matanya memerhati ke kiri dan kanan.Tidak nampak kelibat yang dicari,dia menoleh pula ke belakang.

     Alahai...mana bibik ni?tadi aku ding dong bell bukan main laju dai bukak pintu.Ni dah menghilang ke mana?Jangan main-main bibik,terbayang cerita hantu indonesia dah ni.

     "Bik,ooo...bik.Saya masuk ye bik?"laungnya sedikit kuat.lama dia menunggu balasan namun suasana masih sepi.Jangankan mahu melihat kelibat bibik,suara wanita itu pun tidak berbunyi langsung.

     Jenuh menimbang keputusan, akhirnya dia membulatkan tekad.

     Alah,masuk ajelah.campak baju ni atas sofa,lepas tu pecutlah balik rumah.Dah nak masuk maghrib ni,tak elok merayap rumah orang.Desisnya menyokong tekad di hati.

     Tanpa membuang masa,dia meninggalkan kasut di muka pintu.Kemudian perlahan-lahan dia menapak masuk ke dalam ruang tamu yang luas itu.Matanya liar memerhati ke kiri dan kanan.manalah tahu bibik ada hati nak main ba-ba-cak dengan dia.Yalah,siapa boleh menjangka tekanan kerja kadangkala mampu mengubah sifat manusia.

     Pranggg!

     Berderau darahnya apabila terdengar bunyi bising dan kaca berderai di tingkat atas.Liurnya ditelan berkali-kali.Oh,mood seram kembali.

     laju saja dia meletakkan jubah yang berbalut clothes protector itu di atas sofa.Dia mahu segera beredar,dia tidak mahu masuk campur dalam apa juga kejadian pelik di dalam banglo ini.

     "Maaf tuan,maafin saya!"

     langkah Imanina kaku sebelum sempat sampai ke pintu depan.Suara mendayu-dayu bibik bagaikan meraih simpatinya .telinga masih tekun mendengar,cuba menangkap sebarang bunyi yang mungkin kedengaran.Bimbang juga dengan kes-kes penderaan bibik yang berleluasa sekarang ini.

     "kau bodoh ke apa?Berapa kali aku nak bagitau kau,hah?Get out!"jerkah satu suara yang amat membingitkan.Kuat sudah tentulah,kalau tidak masakan dia boleh dengar dengan jelas dari tingkat bawah.

     Imanina menggigit bibir.Dia cukup yakin itu adalah suara Tengku Qalif yang bad mood dua puluh empat jam.dengan bibik pun boleh bawak gaduh,psiko sangat dah mamat ni!Gerutunya geram.Kalau nak ditinggalkan bibik menghadap hamburan ganas lelaki itu seorang,dia rasa bersalah pula.Tanpa berfikir panjang,kakinya laju menapak ke tingkat atas.

     Matanya kian galak memerhati ke seluruh ruang yang pernah dia jejaki sebelum ini,Seketika pandangan tertancap kepada bibik yang tunduk mengutip serpihan kaca dihadapan pintu bilik tengku Qalif.Cemas dia melangkah menghampiri wanita itu.

     "Bik,kenapa ni?"

     "Neng,jangan datang kemari neng.Kacanya bersepah-sepah,nanti cedera kakinya."Bibik bersungguh-sungguh mengisyaratkan Imanina supaya tidak mara ke hadapan.

     Imanina memerhati wanita itu yang masih sibuk mengutip kaca.Ya Allah,teruk sangat penyakit mental si Tengku Qalif ni.Orang hantar makanan pun dia marah.tengoklah tu,nasi dengan lauk-pauk habis bertabur atas lantai.Tahulah kau kaya kan,tapi hormatlah sikit semua ini rezeki.Ada pulak dicampak sesuka hati!

     "Maafin bibik ya neng.Tadi lepas dibuka pintunya,tuan manggil bibik.Itu bibik enggak menunggu neng di pintu,"Bibik meluahkan rasa serba salahnya.

     "Eh,takde apalah bik.Saya faham."

     Tiba-tiba pintu bilik Tengku Qalif terkuak luas.Spontan mata Imanina melirik ke situ dengan riak terkejut.Bibik pula sudah pucat lesi melihat wajah garang tengku Qalif yang muncul di muka pintu.Lelaki itu mencerlung wajah Imanina dengan riak bengis.

     "Apehal ni?yang korang memekak depan bilik aku ni kenapa,hah?"

     terpejam mata Imanina tetkala suara itu melengking tinggi ke telinganya.Nafas ditarik dalam-dalam.Kenapalah asyik itu saja dialog yang keluar daripada bibir Tengku Qalif?Dahlah tak ada budi bahasa,memekik aje kerja dia.Bingitlah!Pandangan dialihkan ke wajah garang lelaki itu.   

     "Maaflah Encik Tengku,saya datang sini cuma nak hantar baju Puan Sri.Saya naik atas ni pun sebab terdengar bunyi bising.Kut-kutlah ada benda tak elok berlaku.Ada orang rompak rumah ke,ada orang sakit terlentang ke,ada orang histeria ke,and that's why saya ada dekat sini.Salah?'Soal Imanina selamba.

     Lantak kaulah nak menyinga sekalipun!Sempat dia melirik kepada bibik yang terkebil-kebil memandang dirinya.Agaknya bibik pun terkejut ini kali pertama ada orang melawan mamat bengis ni kut.

     "Hei perempuan,berani kau menjawab ye!kau ni takde kerja lain ke selain nak menyemak dekat rumah aku?Baik kau berhambus!Berhambus sekarang!'Hambur Tengku Qalif dengan mata merah menyala.Nafasnya berbahang ketika dia mendengus keras melepaskan rasa marah.

     Imanina masih mampu bertenang biarpun lelaki itu meluah geram tanpa bertapis.Orang gila tak elok dilayan dengan sikap gila juga,tapi dia dah tak tahan dengan mamat poyo ni!

     "Oh,ini rumah encik ke?saya ingatkan tadi rumah Puan Sri.maaflah ya,saya tak periksa pulak yang encik ni ada bayar ansuran rumah banglo ni ke tidak.Memang saya tak tahu,'sindirnya dengan senyuman sinis.

     "What the..."Tengku Qalif mengetap kuat bibirnya.

     Semakin lama semakin membara darah panas di dalam dadanya.Wajah gadis bertudung pelik yang masih tenang memandang ke arahnya dipandang tepat.Bukan setakat tudung saja yang pelik,pakaian gadis itu pun nampak berlainan benar.Kelihatan menarik namun rasa baran dihatinya ini meleburkan apa juga tanggapan baik terhadap tuan punya mulut celopar itu.

     "Dengar sini.Aku tak peduli apa pun niat kau datang sini,tapi sekarang aku nak kau berhambus sekarang jugak!Semak aku tengok perempuan macam kau ni depan muka aku.Get out!"jeritnya melepas segala rasa berbuku.

     Nafas di dada masih turun naik menahan baran.Tangannya pula menongkat tubuh di amabang pintu biliknya.Kekurangan tenaga akibat jarang menjamah makanan membuatkan seluruh badan longlai,lemah tidak berdaya.Pandangan juga terasa berpinar-pinar kerana kurang tidur.

     Hati Imanina kian panas bila dijerkah tanpa sebab.Dia takkan mundur,dia bukan buat salah apa pun.

     "Eh,semak lagi saya tengok muka encik tu!dahlah muka macam orang tak mandi sepuluh bulan,lepas tu mulut kurang ajar tak reti bertapis.Encik ingat orang lain takde perasaan ke?Encik ingat encik tu siapa sampai nak maki hamun semua orang?You're sick!"

     Bulat mata Tengku Qalif dengan kata-kata yang meluncur lantang daripada bibirnya.Sempat juga dia menjeling reaksi bibik yang sudah terlopong melihat reaksi wanita itu.Ewah...bibik,dalam kutip-kutip kaca pun sempat lagi menonton sinetron yang dilakonkannya ini.

     "Kau ni memang cari pasal.kau memang sengaja cabar aku.kau tak kenal lagi aku siapa!"Terhuyung-hayang Tengku Qalif keluar dari bilik menuju ke arah gadis itu.Mahu ditampar-tampar mulut celopar yang sesedap rasa mengutuknya.

     "Huh,ada hati nak berlagak lagi tu.Perbetulkan jalan encik tu dulu,baru boleh nak ajar orang,"sindir Imanina lagi.

     Dah jalan senget-senget macam orang mabuk,ada hati lagi nak belasah orang!

     "Shut up!Perempuan tak guna,idiot!"tempik Tengku Qalif.


     Dalam rasa marah,dia cuba membawa diri kepada perempuan yang masih terpacak kaku,masih berwajah tenang menanti dia mara menghampiri.Berani sangat kau ya,kau memang nak kena!

     Namun baru beberapa tapak melangkah,kepalanya semakin terawang-awang,pandangan pula semakin kabur dan kelam.Kepala digelengkan beberapa kali,cuba melawan rasa pening yang menyengat tajam.

     Dia mahu mengajar perempuan gila itu,mahu dilepaskan semua rasa geramnya.bayang tubuh itu semakin berlapis-lapis.dari satu menjadi dua,dari dua menjadi tiga,dan tiba-tiba saja kakinya longlai tidak berdaya.

     "Ya ampun,tuan!"

     Ternganga Imaninan tatkala melihat tubuh itu rebah terkulai ke lantai.Aik,tak sempat nak belasah aku dia dah pengsan?

     "Neng,tuan jatuh atas kaca neng!"jerit bibik cemas.

     Tersentak dengan jeritan itu,pantas matanya tersorot ke tubuh Tengku Qalif.Jelas kelihatan ada kaca-kaca kecil masih bertaburan di bawah tubuh itu.

     Ya Allah...ini bukan yang dia rancang!Hatinya kalut serta-merta,sangat-sangat cemas.nanti macam mana kalau dia dituduh sebagai penyebab kematian lelaki itu?Membunuh anak Tan Sri pulak tu...ah,kau memang cari nahas nina!

     "Telefon ambulans,neng!Telefon ambulans!"

    Arahan bibik menyedarkan Imanina yang diserang 'strok panik'.Dia menganggukkan kepala dengan debaran di dada.Pantas telefon bimbit dari kocek seluarnya dikeluarkan.Berapa nombor talian kecemasan?Argh,time-time inilah dia nak jadi blur!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pelangi Cinta Buat Suami (bab1)

PELANGI CINTA BUAT SUAMI