Pelangi Cinta Buat Suami (bab1)

BAB 1


     Hiruk piruk di sekeliling tidak lagi menarik perhatian Imanina.Ada perkara yang lebih penting yang perlu dia selesaikan pada saat ini. Tak boleh ditangguh-tangguh lagi.Liar matanya memandang ke kiri dan kanan.
 
     Kemeriahan majlis tahlil dan doa selamat di banglo Tan Sri TEngku Lokman masih lagi berlangsung.Para tetamu yang begitu ramai menyukarkan dia mencari kelibat umi.Umi tentu saja sibuk membantu Puan Sri Khalida melayan tetamu,memang susahlah nak jumpa!

     Hesy...mana nak cari toilet ni?kalau tanya pekerja catering ni,manalah diorang tahu sebab diorang pun baru datang sini.Patutnya banglo besar macam ni kena buat signboard,senang dia bawak kaki ikut hala mana nak tuju.Desis hati Imanina sendiri.

     Seketika dia mendiamkan diri.Daripada terpacak macam tiang dekat laman rumah Tan Sri ni,baik dia masuk ke dalam cari bibik.Takkan lah orang kaya macam Tan Sri ni takde bibik.dah jumpa bibik barulah boleh tanya jalan mana nak pergi toilet.Bijak-bijak!Imanina tersenyum sendiri.

     MElangkah masuk ke dalam banglo mewah dua tingkat itu,Imanina terpegun.Dia hanya menelan liur melihat kemewahan majikan uminya ini.Barang-barang perhiasan,perabot,karpet,pasti diimport dari luar negara.

     Matanya melekat ke arah bangku comel yang diletakkan di suatu sudut di ruangan bacaan. Dia yakin bangku "cinonet" macam tu pun harganya pasti lebih mahal daripada set sofa umi di rumah.Confirm!


     Teringatkan "hajatnya"yang belum tertunai,pantas Imanina melangkah kaki ke dapur.Dia agak-agak saja dimana ruang dapur,selalunya pasti di bahagian hujung rumah.jarang rumah berdapur dibahagian pintu depan.

     Imanina bebalas senyum dengan beberapa orang tetamu yang berselisih dengannya.nak bertanyakan tentang kedudukan bilik air kepda tetamu Tan Sri,kurang manis pula rasanya,silap-silap kena maki.Orang kaya ni kan banyak sangat protokolnya.tak semua,tapi majoriti.

    "Assalamualaikum,kak..."sapa Imanina kepada seorang wanita yang sedang membasuh pinggan di singki.Tengok pada gaya,macam bibik-bibiklah.Pakai kain batik dan dikenakan dengan T-shirt biasa.

     Kadang-kadang dia pelik,bibik ni dah macam ada uniform tersendiri.Boleh diagak dari luaran.Pergi rumah siapa pun,jarang kita keliru untuk membezakan antara bibik dan majikan.Sebab apa?sebab cara berpakaian.

     "waalaikumussalam...ya neng?mahu dibantu apa neng?"wanita itu tersengih seraya mengelap tangan dengan kain batik yang dipakainya.

     "Errr...saya nak tumpang toilet,bik.kat mana ye tandasnya?"Imanina mengetap bibir.kenapa dia pun nak berjangkit slang indonesia ni?

     "Oh toilet?"wanita yang masih pekat loghat jawanya tersenyum."Dekat bawah ni sudah enggak bisa guna tandasnya,neng naik di atas ya.naik tangga ni smapai hujung,nanati sebelah kiri ada tandasnya."

  "Naik tangga sampai hujung,toilet sebelah kiri?'Imanina ulang balik kata-kata bibik itu.Takut juga kalau dia tersalah terjah bilik orang pula nanti.

     "ya-ya. Sebelah kiri ya neng."
     "Okey-okey.Terima kasih.bik."

     Imanina tersenyum.Pantas langkahya menuruti arahan bibik tadi.naik tangga sampai hujung,bilik sebelah kiri.Ulangnya didalam kepala berulang kali.

     Sampai di tingkat atas,sekali lagi Imanina terpanar melihat keindahan hiasan dalaman di ruangan itu.Tingkat dua agak luas dan ruang tamu di situ menempatkan ruang istirehat yang santai konsepnya.Tampak moden namun masih mengekalkan elemen kemewahan.Cantik!

     Perlahan dia menyusuri ruang tamu yang nyaman dihembus oleh penyaman udara.Hebatnya,setiap ceruk rumah ada penyaman udara.Kalau dekat rumah dia,cuma dekat dalam bilik umi saja yang dipasang penyaman udara.Bila musim pansa,berebutlah dia dengan yaya nak tido bersama umi.Itu pun boleh menyepit kalau ayah kena outstation,kalau tidak jangan haraplah.

     Bunyi merdu yang entah dari mana sayup-sayup kedengaran.Kening Imanina bertaut.Seingatnya orang kenduri tahlil mana ada pasng musik.Tabiat ke apa nak pasang lagu bagai?

      Tanpa dai sedari kakinya menapak mara mencari alunan indah itu.Bukan bunyi piano,tapi bunyi petikan gitar.dan sudah pastinya,perempuan berjiwa seni seperti dia ni pastinya mudah terpesong hajat bila mendengar bunyi semerdu itu.

     Kakinya terhenti dihadapan sebuah pintu kayu berwarna coklat gelap.Entah pitu bilik siapa.yang pasti,bukan pintu bilik air sebab pintu yang dipesan oleh bibik tadi sebelah kiri,pintu yang ini di sebelah kanan.

     Imanina meraptrak telinga ke pintu kayu itu.

     Alamak,tak berkunci rupanya!Hati meronta-ronta ingin melihat siapa yang memeik gitar di dalam sana.Pelik betullah,orang tengah kenduri tahlil dekat bawah,dia boleh main gitar dekat atas.Anak siapalah ni...garus diasat!

     Sebelum meneruskan misi menyiasatnya,Imanina menoleh ke kiri dan kanan.Line clear!

     Perlahan dia menolak sedikit daun pintu yang renggang itu.dari celah pintu tersebut,dia dapat melihat seorang lelaki sedang membelakangkannya.Khusyuk lelaki itu menghadap meja dengan tangan memegang gitar.

     Amboi...tak turun mengaji kat bawah,boleh senang hati main gitar kat sini.Siapa dia ya?Seingatnya umi tak pernah pula bercakap tentang anak lelaki Tan Sri.balik-balik nama Qalisha yang sosial itu disebut-sebut oleh umi.

      Tak pernah terpikir olehlu
     tak sedikit pun kubayangkan
     kau akan pergi tinggalakn kusendiri

     Suara lunak itu membuatkan Imanina terpaku.Sedap sangat la pulak suara mamat ni!mendayu-dayu suara itu mengalunkan lagu bernada sedih.Imanina menggigit bibirnya.

     Mcam pernah dengar lagu ni...oh ye,lagu "saat Terakhir"daripada ST12.Dia selalu dengar lagu yang menjadi OST drama sinetron entah apa yang ditonton oleh uminya dulu.

     Begitu sulit kumenyangkal
     Begitu sakit kurasakan
     kau akan pergi tinggalkan kusendiri.

     Imanina msih kaku mendengar.Semakin lama,semakin mendayu suara lelaki itu.Bagaikan sedang menangis.Hesy...ada lagi ke lelaki menangis zaman sekarang ni?Kalau ye pun menghayati keindahan lagu,takkan sampai menangis?Tak masuk akal.

     Di bawah batu nisan kini kau telah sandarkan
     Kasih sayang kamu begitu dalam
     Sungguh ku tak snggup ini terjadi
     Karna kusangat cinta
     Inilah saat terakhirku melihat kamu
     jatuh airmataku menangis pilu
     hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih.

     Petikan gitar terhenti.

     Imanina menjengukkan sedikit kepalanya,cuba melihat reaksi lelaki yang masih menghadap ke sebelah sana.Dia nampak lelaki itu meraup wajah berkali-kali.Ada bunyi esakan kecil persis menangis.Imanina tercengang.sahlah,lelaki ini menangis.tapi kalau tengok dari fizikal,bukan main tegap lagi tubuh lelaki itu.takkan lah hati selembut sutera?

     Petikan gitar kembali bergema,suara lunak itu semakin menusuk ke dalam hati ini.Entah kenapa,dia bagaikan dapat merasai kesedihan dalam hati lelaki itu.Ada nada sendu,ada bunyi sedih yang teramat,jiwanya diusik pilu entah kenapa.

      Satu jam saja kutelah bisa
     Cintai kamu dihatiku
     Namun bagiku melupakanmu
     Butuh waktuku seumur hidup
     Satu jam saja ku telah bisa
     sayangi kamu dihatiku
     namun bagiku melupakanmu
     Butuh waktulu seumur hidup
    Di nantiku.

     "Nina?"
     Tersentak dan terkejut,Imanina hampir tergolek ke lantai apabila suara itu menyapa dari belakangya.kelam labut dia berpaling.Apa lagi yang mampu dia buat setelah tertangkap mengintai anak teruna orang selain daripada menyengih tanpa rasa bersalah.

     "Eh,Puan Sri...Nina...errr...Nina cari toilet!"
     'La...toilet kat depan ni,sayang."Puan Sri Khalida menunjuk ke arah pintu di sebelah sana.Semestinya pintu di sebelah kiri seperti yang dipesan oleh bibik tadi.

     Imanina terkula-kulat sendiri.Malunya dicekup oleh tuan rumah.Ni kalau umi tahu memang masak dia kena cubit.

     "Mama kan Qalif kata jangan ganggu Qalif!Bising-bising apehal ni?"

     satu suara garau berbaur tegas kedengaran dibelakangnya.Pantas Imanina berpaling,mahu juga dia melihat wajah cembeng yang menyanyi sambil nangis tadi.Saat seraut wjah itu singgah dimata,dia ternganga.Maha Suci Allah...indahnya ciptaanMu.
   
     'Qalif,bukan mama nak ganggu Qalif.Nina ni tersalah bilik,dia nak pergi toilet.keliru agaknya sebab pintu banyak sangat,"bals Puan Sri Khalida dengan riak serba salah.

     Imanina masih terpegun saat lelaki itu mengerlingnya.Pandangan tajam,sinis,sombong,angkuh dan langsung tidak ada riak kemesraan.tapi mengapakah wajah itu masih kelihatan menarik?Biar pun tanpa segaris senyuman,raut itu masih elok dipandang.

     Sungguh,lelaki ini mungkin anak Puan Sri Khalida dan lelaki ini adalah lelaki paling kacak yang pernah dia lihat dihadapan mata.Siapa kata lelaki seperti watak hero didalam  novel itu tidak wujud?
buktinya,lelaki itu wujud di depannya sekarang.

     "Apa kau tengok-tengok?Pergilah toilet sana tu!"
 
     Terkulat-kulat Imanina ketika suara itu lantang mengherdiknya.Hilang melayang wajah kacaknya bila berperangai sombong macam ni.

    "Qalif,behave yourself.Nina ni tetamu mama,tak baik cakap macam tu dengan dia.Cakap baik-baik tak boleh ke,nak?Puan Sri Khalida berasa serba salah.Tangannya naik menggosok lembut bahu Imanina.Bimbang gadis itu berkecil hati dengan sikap baran anak lelakinya itu.

     "Errr...sorry Encik.Saya tersalah bilik,maaf kalau saya menganggu."Imanina akur dengan silapnya.Kepala ditundukkan sedikit menzahirkan rasa bersalah.

    "Aku peduli apa kalau kau bebal sampai tersalah bilik sekalipun,tapi jangan memekak dekat sini!jerkah lelaki bernama Qalif itu angkuh.

     Langsung tidak memberi kesempatan kepadanya untuk membela diri,pintu dihempas sekuat hati.tanpa rasa hormat dan rasa bersalah.Imanina terkebil-kebil sendiri.Ya Allah,sombong benar anak Tan Sri ni!

     "Nina,Nina okey?Maafkan anak auntie ye,dia memang moody macam ni."Puan Sri Khalida tersenyum kelat.Segan dengan anak gadis pekerjanya ini.

     Tengku Qalif pun satu,ikutkan sangat rasa hati sampai semua orang nak dihamburnya.Dia tahu Tengku Qalif masih tertekan dan bersedih,namun itu bukan alasan untuk Tengku Qalif bersikap kurang ajar begitu.

     "Eh,Nina okey aje Puan Sri.Nina ke tandas dulu ya."Imanina tersenyum pahit.pantas,dia mengatur langkah meninggalkan Puan Sri Khalida disitu.

     Bibir Imanina menghela keluhan perlahan setelah mengunci diri di dalam tandas.Seketika dia menatap wajahnya di cermin lebar yang menghiasi dinding.

     Apalah nasib dia bertemu dengan lelaki sombong macam tu?Tadi bukan main meleleh nyanyi,lepas tu nak menyinga dengan orang pulak.Kesian,handsome-handsome tapi otak tak berapa betul.Gila agaknya dia tu.

     Imanina menggelengkan kepala.Astaghfirullah.....Sampai kesitu otaknya mengata orang.Padahal dia sendiri yang cari penyakit sebab menghendap anak teruna orang.harap-haraplah Puan Sri Khalida zip mulut dan tak sampaikan pada umi.Kalau tidak,tadah telingalah kau Nina!     
   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PELANGI CINTA BUAT SUAMI

PELANGI CINTA BUAT SUAMI