PELANGI CINTA BUAT SUAMI
BAB 3 Kepala terjenguk-jenguk di muka pintu yang terbuka luas.Liar matanya memerhati ke kiri dan kanan.Tidak nampak kelibat yang dicari,dia menoleh pula ke belakang. Alahai...mana bibik ni?tadi aku ding dong bell bukan main laju dai bukak pintu.Ni dah menghilang ke mana?Jangan main-main bibik,terbayang cerita hantu indonesia dah ni. "Bik,ooo...bik.Saya masuk ye bik?"laungnya sedikit kuat.lama dia menunggu balasan namun suasana masih sepi.Jangankan mahu melihat kelibat bibik,suara wanita itu pun tidak berbunyi langsung. Jenuh menimbang keputusan, akhirnya dia membulatkan tekad. Alah,masuk ajelah.campak baju ni atas sofa,lepas tu pecutlah balik rumah.Dah nak masuk maghrib ni,tak elok merayap rumah orang.Desisnya menyokong tekad di hati. Tanpa membuang masa,dia meninggalkan kasut di muka pintu.Kemudian perlahan-lahan dia menapak masuk ke dalam ruang tamu yang ...